BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 26 May 2009

WELCOME TO MOMMA'S LOCAL DELICACIES

Lokasi : Unit No 3 Lot 6196 Jln Masjid Kuala Belait.

Manual Nak Sampai Kedai ni: Anda Tau tak Kedai Akira yang sederet dgn kedai $1.80 yang kat KB? In between Akira dgn Bus Station Kb ada jalan, jalan Masjid haaa korang ikut jer jalan tu, Kedai ni yang sebelah SPA. tak pun korang tengok jer gambo kat atas tu.... nampak sama jer rupa nya haaaaa itulah kedai Cik Tini.

Tak pun korang tanyer jer org kat sini (kb) mana satu kedai indon yang jual satey mmbeekk dulu tu....

Oppssssss! itu dulu anak2! sekarang ni Makcik dah ambil alih kedai tu! Dulu Mat Indon Sekarang ni K.I.T. (kedai Ibu Ibu Tunggal) label tak leh nak tukar lagi. kena tunggu dulu.

Pasal aper KIT sebab yang jalan kan kedai ni Kita orang ambek ibu ibu tunggal kerja kat sini.
tu pasal jadi Momma's delicacies tu! (makcik pun serupa lah!)

Makcik kira pengurus lah!

Korang pernah rasa tak Nasi lemak pasar KB? Haaa Makcik dah up grade ni! kalau korang nak rasa nasi lemak original jemput lah datang..

kedai ni bukak sedari awal jam 6;30 pagi sehingga jam 5 ptg. (nanti acik cuba on kan sampai malam k, coz tenaga kerja tak ada!)

Menu pagi kita orang...... Nasi Lemak + daging rendang padang or + ayam msak tomato. nak buat sambal sotong orang tak reti lagi nak makan. Ada Lontong + Nasi Impit, soto, mee goreng, Nasi katok ( fav org kat sini) kueh kueh melayu dan mcm mcm lagi.........

Tengah Hari kita orang buat Nasi campur menu senantiasa di ubah setiap hari........

Ada gulai lemak cili api, sambal tumis, gulai tempoyak, masak assam pedas, gulai kunyit, goreng belado, sambal lado bada... kari, kurma, tomyam .......... lists ni boleh jadi panjang!

Ermmmmmmm meleleh plak air liur! Sodap!

Minum Petang....... tengok menu dulu, epok2, goreng pisang, ubimanis, popia, pergedel ............
Makcik ada jugak buat supply masakan dan terima tempahan buat kueh.. so kalau nak order tak jadi masaalah tempah jer awal2. Nak delivery ke opis opis pun boleh tapi yang dekat dekat ajer lah ye! buat yang jauh tu kena lah bagi duit minyak!

Kepada saper2 yang nak order or nak tempah sila lah kol number2 yang ada kat bawah ni:-

Cik Tini - +673 8 664092

anak Cik Tini - +673 8 234842

P.A. Cik Tini - +673 8 993897

Psssst! hari Ahad Kita Orang cuti sebab Makcik ni pun ahli Dikir so setiap ahad ada jemputan. Jemput2 lah singgah yer!

" Bantu Membantu Amalan Mulia"

Terima Kasih dan Mohon Maaf sekiranya ada salah dan silap.......
Cik Tini and Family.....

0 comments: